Anak Kerbau 2011

Anak Kerbau 2011

Jalur 2011

Jalur 2011

Kandang

Kandang

Tuesday, July 19, 2011

Anak Kerbau 2011


Alhamdulillah setelah berehat pada tahun 2010, tiga (3) kerbau induk telah selamat melahirkan anak-anaknya. Rasah melahirkan satu (1) ekor jantan pada 15/7/2011 dan Duku melahirkan satu (1) ekor betina pada 16/7/2011dan Panjut satu (1) ekor jantan pada 30/7/2011. Walaupun rumput tumbuh tidak seperti biasa kerana musim kering dan hujan yg tidak menentu tetapi kerbau-kerbau induk dan anak-anak yg baru lahir itu nampak sihat walafiat sahaja. Segala peraturan utk menjaganya dalam masa dua minggu telah di patuhi dan selebihnya kita tawakal kpd Allah (SWT).

Kita sekarang sedang menanti satu (1) kerbau induk yg sudah sarat macam belon iaitu Peh. Tiga (3) induk Dara sedang menuju ke alam kebuntingan dan expected beranak pada hujung tahun 2011 ataupun awal tahun 2012. Siapa kata kerbau dalam kurungan tidak boleh beranak? Kita rasa bersyukur kepada Allah (SWT) kerana ayahanda dan bonda [Nong Zuki dan Teh Zauyah] masih bertenaga dan bersemangat utk membantu menjaga kerbau-kerbau tersebut, kalau tidak pening juga di buatnya sebab dua tempat ingin di pantau.

Walaupun begitu, kita hari minggu tidak boleh lekat di rumah pasti akan bersama-sama dgn kerbau-kerbau utk melihat keadaan kandang, persekitaran kandang, keadaan kerbau, kesihatan kerbau dan makanan kerbau. Kerja menjaga kerbau ini tidak seteruk mana tetapi ianya perlu di laksanakan pagi dan petang. Itulah routinenya. Kadang kala kenduri di rumah saudara mara pun tak dapat nak pergi kerana kenduri jam 12.00 tengahari, kerbau-kerbau masih santapan pagi sehingga ke tegak matahari. Tapi ayahanda sudah ada tak apa kot. Sekiranya ayahanda ada masalah utk pergi barulah kita siapkan santapan kerbau itu awal sikit nanti termiss pula kenduri saudara mara itu.

Namun itulah keseronokannya dapat memelihara kerbau iaitu bila induk-induk kerbau itu bunting dan melahirkan anak dan anaknya pula sihat serta dapat membesar dgn baiknya.

Sunday, February 27, 2011

Musim Panas Feb 2011

Cuaca panas memang menyukarkan keadaan terutama kami di Lipat Kajang Farm tetapi itu sudah menjadi kelaziamn setelah musim tengkujuh maka akan menjelma pula musim Panas. Panas ini telah membunuh segala kuman musim tengkujuh.


Walaupun begitu panas juga telah membantutkan penanaman baru rumput napier yg di laksanakan pada musim tengkujuh. Sungguhpun begitu Lipat Kajang farm terpaksa mencari alternatif utk membasahi tanaman rumput Napier dgn semburan air dan pembajaan agar pertumbuhan rumput Napier tidak terbantut akibat kepanasan.

Pertumbuhan kerbau-kerbau semakin hari semakin baik, walaupun musim kering sekarang makanan yg kerbau-kerbau dapat di sekitar Ceruk Panjang masih lagi boleh diperolehi dan akan makin berkurangan menjelang penghujung March 2011. Sungguh pun begitu Lipat Kajang Farm telah bersedia dgn alternatif baru dan rumpat Napier baru akan muka membesar pada sekitar March dan April 2011 sekiranya di siram dan tanah di basahi dgn air.

Insyaallah semua kerbau-kerbau induk dan dara Lipat Kajang Farm bunting dan di jangkankan akan beranak sekitar selepas Mei dan June 2011. Maka menampung pertambahan ini Lipat Kajang Farm telah mencari alternatif kawasan ragut baru bagi menampung permintaan makanan rumput kerbau-kerbau bakal mendatang.

Sunday, January 23, 2011

Tahun 2010 tahun yang tidak productive di Lipat Kajang Farm kerana kerbau-kerbau bunting tetapi agak lewat.....

Tahun 2010 adalah tahun yang tidak productive utk Lipat Kajang Farm. Kerbau-kerbau bunting tetapi lewat maka kemungkinan 2011 adalah tahun productive. Tahun 2008 LKF dapat 2, Tahun 2009 dapat 3, Tahun 2010 zero, Tahun 2011? Agaknya ada masa rehat kot!!!

Walau bagaimanapun bersyukur kepada Allah (SWT) kerana kerbau-kerbau yang ada semua sihat-sihat belaka. Sebentar tadi baru sahaja membawa induk-induk balik ke Tanjung Sungai utk di asingkan drp main group agar proses pembuntingan akan berjalan lancar dan melahirkan anak dgn baik.

Clearing utk tanam rumput baru sudah selesai tetapi kena tambah lagi tiba-tiba musim panas pula muncul. Hujan yang di jangkakan berlarutan sehingga bulan Januari dan Februari tidak terjadi. Sungguhpun begitu, LKF telah mejangkakan bahawa di masa proses pengasingan ke Ceruk Panjang dapat meningkat pertumbuhan rumput di Tanjung Sungai dan di Padang Tenggala. Alhamdulillah semua berjalan spt yang di jangkakan.

Sekarang di Ceruk Panjang tinggal yg dara-dara bunting dan muda-muda yang sedang meningkat biang. Baikpulih pagar sedang berjalan sudah siap separuh tinggal lagi separuh sahaja.

Kedua-dua org tua terus memacu keringat utk menjayakan projek kerbau ini. Terima kasih.....